Ramai yang tidak mengetahui tentang "kucing, Setengah dari kalangan kita akan menyepak nyepak se-ekor kucing yang datang meminta makan apabila seseorang sedang makan di sebuah kedai makan atau restorant.
Adakala dari kalangan kita buat buat tidak tahu apabila se-ekor "kucing" datang menghampiri kita semasa menjamu selera, sebenarnya kucing tersebut ingin meminta sedikit makanan.
Pasti sekiranya anda membaca blog ini, maka anda akan tidak akan menghina se-ekor kucing yang datang meminta sedikit makanan semasa anda sedang makan.
Sebelum itu, rasanya dari kalangan kita sudah sedia maklum atau memang tak tahu, "Kucing" sebenarnya dijadikan jinak atau ia dijadikan kawan bagi seorang manusia. Serta kelebihan lain seperti menakutkan tikus yang menjadi perosak atau pembawa penyakit terhadap tamu rumah. Jadi banyak kelebihan yang ada pada se-ekor kucing.
Jika zaman Rasullullah, Baginda tidak akan menggangu kucing sekiranya ia tidur di atas serban Baginda, malah Baginda akan memakai yang lain. "Begitu prihatin sifat Baginda terhadap se-ekor kucing.
Jadi kita sebagai manusia biasa haruskah sanggup membunuh kucing? menyepak kucing semasa dia menghampiri kita? Pernah kita lihat dalam media atau blog blog yang lain iaitu menunjukkan se-ekor kucing telah dipancung kepala! Ya anda tidak tahu, tentang kelebihan yang ada pada se-ekor kucing.
Manusia menjadi benci terhadap kucing mungkin kerana bau najisnya, tetapi tidakkah anda tahu, sekiranya anda menyediakan tempat baginya membuang najis, kucing akan menggali sedikit lubang untuk menutup najisnya. Bukan salah kucing jika dia terbuang najis dilantai, kucing amat berhemat sifatnya. Dia tidak akan lalu didalam kawasan becak atau berselut, dia akan mengelap kakinya jika terkena kotoran, Maka disebabkan itulah kucing tidak dilarang memasuki masjid apa tah lagi ke dalam rumah?
Baiklah kisah yang penuh misteri ialah, "Pada suatu dahulu (Once Upon A Time) ada seorang seorang pembela kucing, orang tersebut amat menyanginya dan sentiasa menjaga kucing tersebut, termasuk bagi makan yang elok, (tidak tulang temulang) Dijadikan cerita tuan kucing tersebut telah jatuh sakit begitu lama... Lalu dengan penuh tragis se-ekor kucing tersebut merasa amat kesian pada tuanya, lalu dia (kucing) mengambil penyakit tuannya".Maaf, kami tidak mengetahui lebih lanjut dan terlupa kisah ini, samada kucing tersebut telah meninggal atau tidak selepas mengambil penyakit yang ada pada tuannya! Akan tetap pembela kucing tersebut telah sembuh dari penyakit.
Jika anda menghayati tentang kucing! pertama anda harus mengetahu:
- 1- Adakah anda ternampak kucing anda telah meninggal?
- 2- Anda cuma nampak kucing yang meninggal iaitu selepas dilanggar dijalan raya sahaja.
- 3- Adakah anda perasan, tiba tiba kucing anda hilang buat selamanya
- 4- Tahukah anda kucing tak akan lari dari rumah sekiranya anda menyayanginya
- 5- Tahukan anda bahawa, kucing mengetahui bila jangka hayatnya sampai
- 6- Apabila dia tahu tarikh kematian, dia akan pergi dari rumah anda dan menyembunyi di satu tempat yang amat sunyi dan redup serta tidak terkena cahaya matahari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan